PENDAHULUAN
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis
kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan . Kebudayaan ini disatukan
menjadi satu yang unik kerana hampir setiap keturunan mempuyai adat sehingga
membentuk kebudayaan masing- masing. Ini termasuklah suka bergotong royong
menjalankan kegiatan ekonomi dimana ikatan itu terus diperkukuh dan
dipereratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan . Lantaran resam
yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan .
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting
yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk
nenek moyang kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak,
wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong dan lain-lain.
PENGENALAN
Congkak
merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan oleh
masyarakat Melayu. Wanita dan kanak-kanak merupakan golongan yang paling
meminati permainan ini. Congkak dimainkan dengan menggunakan papan kayu
berlubang atau dengan membuat lubang di atas tanah. Manakala, buah yang
digunakkan untuk bermain pula ialah biji getah, batu atau guli.
ASAL USUL
Congkak
dipercayai berasal dari Afrika atau Arab. Namun, terdapat bukti yang telah
dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic
menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh 5000
s.m hingga 7000s.m di Jordan.
Permainan
congkak ini dipercayai tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab
manakala, di Asia Tenggara pula mungkin tersebar dan berkembang di Melaka
kerana tempat ini merupakan kawasan pedagangan yang penting pada ketika itu.
Nama “congkak” dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu “congak” yang bermaksud
pengiraan mental.Nama congkak juga berasal daripada kulit kerang yang
dimainkan.
Selain masyarakat
Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan
congkak ini. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan
papan congkak yang berukir mewah. Manakala, rakyat jelata pula hanya bermain
dengan mengorek lubang di dalam tanah.
CARA PEMBUATAN
Congkak diperbuat daripada kayu hutan seperti
merbau, keruing, balau dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga congkak yang
diperbuat daripada kayu rambutan dan nangka mengikut kemampuan di tukang
pembuat congkak.
1. Kayu dipotong mengikut bilangan lubang yang akan
dihasilkan.
2. Kayu tersebut dibelah dua dan hanya satu bahagian sahaja
yang akan digunakan.
3. Kayu tersebut akan ditebuk lubang dengan menggunakan
pahat. Manakala, gergaji dan parang digunakan untuk melicinkan congkak
tersebut.
4. Setelah siap, papan tersebut akan
diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri
dan sebagainya. Congkak juga akan divarniskan dengan warna perang kekuningan,
perang kemerahan, perang atau hitam.
ALAT PERMAINAN
Dalam permainan congkak,
peralatan utama yang diperlukan untuk bermain permainan ini ialah papan congkak
dan buah congkak.Papan congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu
tebal yang mempunyai antara 80cm hingga 20cm lebar.
Papan ini berbentuk seperti perahu dan bahagian atasnya terdapat
dua baris lubang.Setiap baris mempunyai lima atau tujuh lubang yang mana
setiapnya berukuran 6 cm garis pusat.Lubang-lubang ini diknali sebagai
“kampung”.Pada setiap hujung barisan lubang ini terdapat lubang yang lebih
besar yang berukuran 14cm garis pusat yang dinamakan “rumah”.
Buah congkak pula terdiri
daripada beberapa jenis buah yang sesuai untuk dimainkan.Antara buah yang
sering digunakan ialah kulit kerang,biji saga,biji getah,guli dan ketul-ketul
batu kelikir.Buah-buah congkak bersaiz sederhana supaya mudah memegangnya
semasa bermain.Tambahan pula,lubang kampung yang brsaiz kecil memerlukan buah
yang kecil juga untuk memenuhi lubang tersebut.
Jumlah buah adalah bergantung
kepada jumlah lubang kampung.Semakin banyak lubang kampung,semakin banyak buah
yang diperlukan.Namun begitu,buah dalam setiap lubang kampung haruslah dalam
jumlah yang ganjil seperti 7,9,11,13 atau sebagainya.
CARA BERMAIN
Permainan congkak terdiri
daripada dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Terdapat 5, 7 atau 9
lubang sebaris yang dipanggil “kampung” dan dua lubang ibu di hujung congkak
dipanggil rumah. Buah congkak pula terdiri daripada biji getah, batu atau guli.
Dua orang pemain diperlukan dan pemain perlulah mengadap satu sama
lain. Untuk memulakan permainan, buah congkak akan diisikan disetiap kampung
dengan sama banyak dan rumah pula dibiarkan kosong.
Dalam permainan ini, pemain akan
memulakan permainan secara serentak dan memasukkan biji getah atau guli secara
satu persatu di setiap kampung dan juga di rumah kepunyaan masing-masing
mengikut arah jam. Rumah kepunyaan sendiri terletak di sebelah kiri pemain.
Pemain akan dianggap mati
sekiranya buah congkak berhenti ditempat yang kosong dan pemain yang lain boleh
meneruskan permainan sehingga berhenti di tempat yang kosong.Selepas itu,
pemain akan bermain secara bergilir sehingga buahnya mati. Pemain yang tidak
cukup buah akan ditutup lubangnya dan pemain yang menang dalam giliran
sebelumnya akan memulakan permainan. Setiap pemain akan meneruskan permainan
sehingga kehabisan buah congkak atau sehingga bosan.
Sekiranya pemain telah membuat
satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain,
ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati
disebelah sendiri. Ini dikenali sebagai tembak.
CONGKAK PADA MASA KINI
Pada masa kini, congkak kebanyakkannya dihasilkan
daripada plastik keras atau kayu mampat yang lebih ringgan. Hal ini dapat
memudahkan congkak dibawa dan dimainkan dimana sahaja. Congkak juga dihasilkan
dengan pelbagai jenis rekaan dan warna yang lebih menarik. Selain itu,
permainan ini turut dihasilkan melalui aplikasi-aplikasi telefon bimbit dan
membolehkan setiap orang dapat bermain melalui telefon bimbit.
Manakala, buah congkak
pula pada asalnya menggunakan biji getah, guli, batu kecil dan buah saga namun,
pada masa kini buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap, apa sahaja
bentuk yang bulat dan sesuai boleh digunakan untuk bermain.
MANFAAT BERMAIN CONGKAK
1. Boleh mengisi masa lapang dengan bermain congkak. Selalunya permainan
congkak ini dimain pada waktu petang dan ianya membolehkan masyarakat dapat
meluangkan masa dengan melakukan perkara berfaedah berbanding melepak.
2. Dapat mengeratkan hubungan antara sesama. Hal ini membolehkan kita dapat
meluangkan masa dengan bermain bersama.
3. Congkak membolehkan kanak-kanak dapat belajar mengira dengan lebih
tepat. Hal ini kerana, bermain congkak memerlukan seseorang itu mengira biji
congkak dengan tepat.
4. Membuat keputusan yang lebih tepat dan cepat. Congkak membolehkan
seseorang membuat keputusan yang cepat dan tepat dalam memastikan kemenangan.
5. Congkak dapat mengajar kanak-kanak erti kesabaran . Ini kerana jika pihak lawan belum menamatkan pusiangannya, itu bermaksud kanak-kanak harus menunggu dengan sabar untuk gilirannya bermain pula.
6. Dalam bermain congkak kanak-kanak harus memasukkan satu persatu biji gul dan tidak boleh memasukkan ke lubang lawan . Hal itu mengajar kanak-kanak suppaya belajar hal yang boleh dan tidak boleh dilakukan . Secara tidak langsung kanak-kanak belajar untuk memahami sesuatu aturan.
5. Congkak dapat mengajar kanak-kanak erti kesabaran . Ini kerana jika pihak lawan belum menamatkan pusiangannya, itu bermaksud kanak-kanak harus menunggu dengan sabar untuk gilirannya bermain pula.
6. Dalam bermain congkak kanak-kanak harus memasukkan satu persatu biji gul dan tidak boleh memasukkan ke lubang lawan . Hal itu mengajar kanak-kanak suppaya belajar hal yang boleh dan tidak boleh dilakukan . Secara tidak langsung kanak-kanak belajar untuk memahami sesuatu aturan.
7. Pengekalan warisan permainan tradisional. Dengan memperkenalkan permainan ini kepada kanak-kanak ianya dapat mengekalkan kewujudan permainan tradisional ni.
RUJUKAN
1. Arexiazyiea. (2012,Dicember) Dunia congkak . Retrieved from https://arexiazyiea.wordpress.com/sejarah/
2. Khalsom12, U. (2009,Dicember 17) Pengenalan permainan congkak . Retrieved from http://congkakumie.blogspot.com/2009/12/pengenalan-congkak.html
AKTIVITI MEMPROMOSIKAN PERMAINAN TRADISIONAL
RUJUKAN
1. Arexiazyiea. (2012,Dicember) Dunia congkak . Retrieved from https://arexiazyiea.wordpress.com/sejarah/
2. Khalsom12, U. (2009,Dicember 17) Pengenalan permainan congkak . Retrieved from http://congkakumie.blogspot.com/2009/12/pengenalan-congkak.html